TEMPAHAN PENGINAPAN DI MERANG SURIA BEACH RESORT


Pertandingan Bonsai Race semakin hampir sila semak semula tempahan bilik anda untuk tujuan pengesahan akhir

1. MohdBohori (Kelantan) tempahan bilik 13 dan 14 februari
2. Ridhuan(Kelantan) tempahan bilik 13 dan 14 februari
3. Wan Rusaidi (Kelantan) tempahan bilik 13 dan 14 februari
4. Shukri(Kelantan) tempahan bilik 13 dan 14 februari
5. Abg Zul 1.(Kelantan) tempahan bilik 13 dan 14 februari
6. Abg Zul 2.(Kelantan) tempahan bilik 13 februari
7. Abg Zul 3.(Kelantan) tempahan bilik 13 februari
8. Cikgu Zul (Kelantan) tempahan bilik 13 dan 14 februari
9. Romzi(Kelantan) tempahan bilik 13 dan 14 februari
10. Zamani(Kelantan) tempahan bilik 13 dan 14 februari
11. Azizi(Kelantan) tempahan bilik 13 februari
12. Azizi(Kelantan) tempahan bilik 13 februari
13. Rosli(Kelantan) tempahan bilik 14 februari
14. Zamri(Kelantan) tempahan bilik 13 februari
15. Cikgu Kadir(Kelantan) tempahan bilik 13 februari
16. Ibrahim (Besut) tempahan bilik 13 februari
17. Azidi (Besut) tempahan bilik 13 dan 14 februari
18. Hasbullah (Kuala Lumpur) tempahan bilik 13 dan 14 februari
19. Yusofi (Kuala Lumpur) tempahan bilik 13 dan 14 februari
20. Shah(Kuala Lumpur) tempahan bilik 13 dan 14 februari
21. Wan Kamarudin(Kuala Lumpur) tempahan bilik 13 dan 14 februari
22. Faizul Bakri(Kuala Lumpur) tempahan bilik 13 dan 14 februari
23. Najmi (Kuala Lumpur) tempahan bilik 13 februari
24. Mad Soghe Kuala Lumpur) tempahan bilik 13 februari
25. Adnan Kuala Lumpur) tempahan bilik 13 februari


Kepada ahli dan pemerhati yang masih inginkan bilik pihak kami memohon maaf kerana penginapan di Merang Beach Resort telah pun penuh

Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Shukri~0139280072

'DELPHI METHOD' DALAM PENGADILAN BONSAI



oleh Ridhuan hj Mohd


Kaedah Delphi (delphi Method). Kaedah ini bermaksud penetapan sesuatu norma dibuat setelah diadakan pertukaran pendapat di antara pengadil-pengadil yang pakar dan berpengalaman di dalam sesebuah pertandingan bonsai

Samada kita sedari atau tidak, pengadilan memainkan peranan penting dalam sesuatu pertandingan bonsai.Pada kebiasaannya keputusan pengadilan adalah muktamad dan tidak boleh diragui.Keputusan pengadilan juga mampu memberi nilai harga yang tinggi kepada sepohon bonsai.Namun Keraguan pemain tetap wujud apabila tidak ada kaedah yang seragam untuk menentukan pengadilan bonsai. Disini penulis tidak mahu menjadikan isu pengadilan bonsai sebagai polemik tetapi mahu mengajak anda semua untuk bersama berkongsi pandangan

Secara umumnya keputusan pengadilan dilaksanakan bila persetujuan dan persefahaman dalam kalangan pengadil diputuskan. Bilangan pengadil dalam kumpulan ini bergantung kepada keperluan. Manakala pengadil-pengadil yang terlibat adalah dalam kalangan mereka yang pakar dan berpengalaman di dalam seni bonsai.

Menerusi kajian yang telah saya jalankan, mendapati teknik Delphi dengan beberapa kelebihan yang dimiliki mampu memberikan penyelesaian yang efektif berbanding teknik yang lain dalam menyelesaikan masalah pengadilan bonsai

Teknik Delphi merupakan komunikasi di dalam kumpulan di antara penilaian berasaskan cita rasa pengadil yang berlainan tentang pokok, Pengadil yang berbeza negeri dan tempat serta pengadil yang mempunyai pelbagai kepakaran. Teknik ini membenarkan pengadil untuk menyelesaikan masalah pengadilan yang subjektif menjadi lebih analitikal. Ianya membolehkan pengadil menyaring pandangan-pandangan mereka melalui kerja berkumpulan berdasarkan pemilihan jumlah pokok terbaik.

Tujuan utama penggunaan teknik Delphi ialah bagi mengatasi kelemahan tindakan pengadilan yang biasa dijalankan secara holistik. Interaksi dan cara penetapan markah dengan cara ini adalah subjektif dan menurut cita rasa dan suara ramai pengadil. Holistik juga mengundang isu tentang perbezaan penilaian pokok antara seorang pengadil dengan seorang pengadil bonsai yang lain, Perbezaan yang jelas di dalam menentukan markah atau dalam memberikan komen, ketidaktelusan di dalam memberikan markah, penilaian dan sebagainya menyebabkan bonsai yang pernah menang tewas pula pada bonsai yang pernah dikalahkan dengan jarak masa antara pertandingan pula tidak begitu lama., Faktor apakah yang mempengaruhi keputusan pengadilan ini?

Teknik Delphi dilihat berpotensi dalam menyumbang perlaksanaan konsep pengadilan yang sempurna. berikutan keupayaannya membenarkan ahli-ahli (pengadil) yang terlibat di dalam kumpulan perbincangan menghasilkan keputusan yang betul seterusnya membuat keputusan dengan mencapai persefahaman. Keputusan yang diputuskan ini diperolehi hasil daripada perkongsian penilaian perbincangan maklumat dan pemilihan bonsai terbaik.

Secara ringkasnya terdapat tujuh prosedur dalam perlaksanaan teknik Delphi yang telah diubahsuaikan untuk pengadilan bonsai ini iaitu:-

i. Pembentukan kumpulan pengadil (pakar dalam bonsai) untuk perlaksanaan teknik Delphi ke atas pokok yang dipertandingkan

ii. Penyenaraian jumlah pokok terbaik bagi pusingan yang pertama di mana biasanya setiap pengadil akan mengumpul jumlah pokok yang dipilih yang membolehkan ahli panel untuk memberi pendapat pada pokok yang dipilih(contohnya seorang pengadil memilih 40 pokok terbaik).

iii. Menganalisis tindakbalas pusingan pertama. pokok yang dipilih pada langkah ini akan disenaraikan untuk membangunkan keputusan selanjutnya yang lebih terfokus.(Perbincangan pengadil,hujah kenapa pokok-pokok ini dipilih dan tumpuan kepada percanggahan pilihan)

iv. Pemilihan kembali jumlah pokok untuk pusingan kedua. Pemilihan dibuat dari jumlah pokok yang telah dipilih pada pusingan pertama(contohnya setiap pengadil memilih semula 40 pokok dari kesemua jumlah pokok yang dipilih pada pusingan pertama tadi )pemilihan pokok pusingan pertama boleh diubah

v. Menganalisis tindakbalas pusingan kedua antara pengadil (perbincangan penghujahan pendapat tentang pokok yang dipilih) Langkah pemilihan seterusnya akan berulangan sehinggalah penumpuan dan keputusan pengadilan dicapai (kurangkan pilihan jumlah pokok contohnya dari 40 kepada 20)

vi. Penyediaan laporan oleh kumpulan pengadil untuk mempaparkan kesimpulan dan keputusan pengadilan hasil perbincangan tersebut.penetapan nombor untuk pokok dilakukan


Rujukan:

1.The Delphi Method:Techniques and Applications ~Harold A. Linstone and Murray Turoff
2. The Delphi method for graduate research
3.www.socialtechnology.ca/DelphiMethod.html

DEMONTRASI CUCUR ATAP

dokumentasi oleh Adnan Hashim

Bonsai Cucur Atap cantik di pandang mata.Bagi yang belum memilikinya akan sentiasa merinduinya bagaikan pungguk rindukan bulan. Keindahan seninya dikatakan memberi kebahagiaan dan rezeki kepada pemiliknya.Namun untuk melestarikan keindahannya memerlukan kebijaksanaan.

Mari kita lihat bagaimana Sifu Muda Noryadi menggunakan sentuhan seni beliau untuk melestarikan pohon Cucur Atap.
Demontrasi Cucur Atap ini dipersembahkan oleh SM Noryadi semasa di bonsai Competition di Bandar Sri Damansara .

Perhatikan tunjuk cara yang dilakukan oleh SM Noryadi


1. Melihat keseluruhan rupa pohon


2. Memerhatikan kedudukkan utama pohon


3. Kedudukkan Pohon diubah (dicondongkan sedikit )untuk menunjukkan lenggokan batang dan keseimbangan


4. Menggubah dahan dan ranting supaya harmoni


5. Ranting yang tidak diperlukan dibuang


6 Pohon yang telah siap dilestarikan

Keputusan Penjing Creation Exhibition & Competition 2010


Pameran & Pertandingan mencipta penjing yang diadakan di Kelab Sri Damasara pada 24/1/2010 - 31/1/2010. Pertandingan ini diadakan oleh Malaysian Creative Penjing Art Society. Objektif pertandingan ini adalah mencari hasil seni (bonsai/penjing) yang mempunyai ciri-ciri kreatif dan seni pembuatan bonsai /penjing yang mempunyai masa depan disamping menerapkan aliran seni di dlm pembentukan bonsai/penjing. 2 orang dari ahli PSBK iaitu Timb.Presiden, Sifu Bohori dan Sifu Musadat telah diiktiraf untuk dilantik menjadi juri pertandingan ini disamping 5 juri yang lain.


GOLD AWARD





















SILVER AWARD






















BRONZE AWARD

































SALAM DARI BERUNEI DARUSSALAM

Kagum dengan kehebatan PSBK dan ahlinya


Tuan Haji Yani salah seorang peminat Bonsai dari Berunei Darussalam.Beliau mula meminati bonsai pada pertengahan 80 an lebih kurang 25 tahun yang lalu. Meski pun dah lama, tapi beliau masih merasakan banyak kekurangan di dalam diri dan ingin mempelajari bonsai dengan lebih mendalam lagi.


Beliau sebenarnya berminat untuk menyertai PSBK dan belajar dengan SM Noryadi & ahli2 lain namun apakan daya jarak yang jauh menyukarkan hasrat beliau ini .




Koleksi bonsai Haji Yani










Menurut beliau Berunei mempunyai ramai pemain bonsai tetapi setakat ini belum ada kelab bonsai yang ditubuhkan Kebanyakan pemain bergerak secara sendirian. Mungkin di suatu masa nanti Berunei juga mempunyai persatuan bonsainya sendiri.

Peminat-peminat bonsai ada yang datang kerumah beliau untuk melihat koleksi bonsai di rumahnya. Pernah juga beliau menyarankan untuk menubuh kelab dan cuba mencalonkan rakan-rakan bonsai yang berpengaruh namun belum mendapat kata sepakat. Beliau amat mengkagumi usaha PSBK dan berpendapat ahli-ahli PSBK sangat aktif dan kreatif dalam berbonsai

Koleksi Bonsai HJ Yani




Pengalaman bonsai Hj Yani
pengalaman beliau mengenai pahit manis berbonsai Lebih kurang 10 tahun yang lalu sentiasa diingati. Pengalaman lucu yang tak dapat dilupakan oleh beliau ialah pada suatu hari, semasa beliau sedang asyik merenung pokok bonsai tanpa disedari tiba-tiba ada suara yang menegur "Does the plant talk? Terkejut, lantas secara sepontan beliau menjawab "No, but we communicate in a different manner" .


Ada juga pengalaman yang tak dapat dilupakan pada 5 tahun lalu apabila mendengar satu comment dari salah seorang ahli keluarga yang terdekat yang tergamak menyatakan bahawa hobi mengilai bonsai sebenarnya sudah kerasukan IBLIS. Kata- kata yang kurang enak itu turut didengari oleh ramai ahli keluarga & rakan-rakan yang ada berkunjung ke rumahnya. situasi ini sungguh mengejutkan beliau.Namun Haji Yani tetap kuatkan semangat dan yakin serta percaya bahawa bonsai boleh menjadi ubat yang sangat mujarab kepada manusia.

Koleksi Bonsai HJ Yani













nota:
Hj Yani dari Berunei merupakan kenalan bonsai Naib Presiden PSBK Noryadi Noruddin.Kami dari Bonsai Kita mengucapkan salam persahabatan semoga bonsai dapat menyatukan keindahan seni dua negara

Bonsai Race 2010, Hub-Pantai Barat




BRAVO! PSBK Cawangan Lembah Klang sponsor baju & sarung tangan




0leh Najmi

Perjumpaan ahli PSBK bahagian Pantai Barat diadakan pada 10/1/2010 di rumah Naib Presiden 1, Noryadi di Semenyih, Selangor. Kehadiran terdiri daripada Pengerusi PSBK Hub-Pantai Barat, Wan Kamarudin (Wandin), AJK seperti Mad Soghe, Najmi, Noor Rahim, termasuk bloggers tegar BONSAIKITA seperti Syah, Adnan, Opie, Airil dan tidak berkecuali ahli wanita PSBK, Wan Ruzaini Bt Wan Othman bersama prospek Biro Wanita PSBK Hub-Pantai Barat, Zurina Bt Ab Rahman. Topik yang dibincangkan adalah berkisar tentang program BonsaiRace yg akan diadakan di Terengganu.

Antara resolusi yang telah dipersetujui bersama adalah seperti berikut :

1. Program BonsaiRace yg berbentuk pertandingan ini perlu diadakan secara penyertaan terbuka dan tidak terhad kpd ahli PSBK shj berdasarkan beberapa sebab kukuh.

2.Tahap 'sekuriti' perlu diperjelaskan secara umum untuk menghilangkan prasangka kpd program ini.

3. Setiap peserta perlu dihadkan penggalian tidak melebihi 2 pokok dan program seperti ini diadakan minimum 3 tahun sekali beralasan mencintai alam sekitar dan kitaran hidup pokok.

4.Beberapa Marshal perlu dilantik utk memastikan program ini berjalan secara terancang dan berhemah (i.e memastikan persekitaran kawasan penggalian tidak dimusnahan)

5. Peserta perlu diberi penerangan sebelum pertandingan dimulakan untuk menggelakkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti sesat semasa program dijalankan.

6. Aktiviti keluarga untuk ahli PSBK perlu diadakan semasa Bonsai Race berlangsung.

PSBK Cawangan Lembah Klang akan membuat baju PSBK edisi terhad dalam 3 design berlainan (dari jenis kain berkualiti) utk dijual semasa pertandingan BonsaiRace ini diadakan. Hasil jualan baju2 tersebut akan disumbangkan kpd tabung PSBK pusat....
BRAVO! PSBK Cawangan Lembah Klang juga akan sponsor baju khas kepada semua Jawatankuasa Bonsai Race termasuk Marshal dan juga sarung tangan kepada semua peserta BonsaiRace ini nanti...YAHUUUU



Hasil resolusi mesyuarat ajk PSBk pantai barat telah mendapat perhatian dan telah dipersetujui oleh AJK Induk.

1.Penyertaan Bonsai Race terbuka kepada semua. Untuk ahli yuran penyertaan rm35.00 bukan ahli rm65.00.

2.Tahap keselamatan dipertingkatkan dengan ditubuhkan ajk keselamatan yang diketuai oleh En Shahidan Bahari(bekas tentera) yang juga bertindak sebagai ketua marshal pertandingan.Khidmat anggota rela dan Pertahanan awam juga akan digunakan.

3.Syarat-syarat penggalian tunggul dan persembahan tunggul juga telah diperkemaskan dan bersetuju hanya 2 base bonsai seorang sahaja yang perlu dipertandingkan.Pengadilan dijalankan secara profesional

4.Penerangan tentang keselamatan dan etika pertandingan kepada peserta sebelum pertandingan adalah wajib diikuti dan dipatuhi oleh semua peserta

5. Aktiviti keluarga juga akan diadakan tetapi mengikut kesesuaian masa. Aktiviti BBQ pada 13 februari malam.Bertempat di Merang Suria Beach Resort diharap dapat menjadi malam mesra keluarga sesama kita.



Berita selanjutnya akan menyusul



PENGINAPAN BONSAI RACE 2010



Merang Suria Beach Resort

Pendaftaran nama untuk tempahan bilik sebelum 15 Januari 10


Merang Suria Beach Resort telah dipilih untuk penginapan para peserta yang ingin bermalam dan diuruskan oleh ajk penginapan bonsai Race 2010.

Menurut Dr Shukri (ketua ajk penginapan) Merang Suria Beach Resort telah memberikan tawaran harga yang istimewa iaitu rm 100 'pernight' dan keluasan bilik standard mempunyai dua katil sesuai untuk keluarga.Beliau juga berharap agar ahli-ahli yang ingin bermalam di sana supaya memberi nama sebelum 15 januari ini.Untuk makluman sehingga kini sebanyak 15 buah bilik telah ditempah.

Untuk peserta dari Kuala Lumpur atau dari pantai barat anda boleh mendaftar nama untuk tempahan bilik dengan Noryadi Noruddin atau untuk ahli dari Pantai Timur dengan Dr Shukri.

Info Terkini.
  1. Merang Suria Beach Resort akan menjadi tempat berkumpul dan berkonvoi ke lokasi pertandingan . Kereta peserta konvoi akan ditampal sticker Bonsai Race 2010 dipintu kiri dan kanan.(Presiden dan timbalan presiden PSBK akan bersama peserta konvoi )
  2. Merang Suria Beach Resort akan menjadi tempat majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang (Dijangka YB Abdul Halim ADUN Permaisuri akan hadir dimajlis penutup).

Berita selanjutnya akan menyusul.

Ridhuan mohd
penyelaras program Bonsai Race 2010